Baby Cot: Perlu atau tak? Babyhood Malaysia boleh bantu buat keputusan

Teringat pengalaman 6 tahun lepas, memang teruja giler masa buat persiapan untuk sambut kehadiran baby pertama dalam hidup. Kalau boleh nak semuanya lengkap bila baby lahir. Tapi atas nasihat ramai, tak semua aku sediakan untuk baby. Ikut keperluan masing-masing katanya sebab setiap orang keperluan adalah berbeza. Antara keperluan baby yang aku tak sediakan adalah baby cot. Yup, baby cot atau katil baby tu… Kenapa aku tak sediakan? Sebab ramai yang cakap baby cot tak penting pun sebab baby akan lebih banyak masa disebelah ibu. Lagi pun menyusahkan ibu nak susukan baby.

Hurmmm… Itu kalau kite fikirkan keperluan baby cot hanya ketika dia masih kecik kan. Kenapa tak kite fikirkan keperluan baby cot tu sehingga dia membesar. Korang perasan tak dalam cerita omputih biasanya diorang akan letak anak diorang dalam baby cot. Tak kira la dari kecik hingga ke besar. Macam la diorang tak susukan baby kannn… Bagi diorang, baby cot tu adalah satu keperluan.

From https://lancareno.com/2017/04/baby-cot-babyhood-cantik-dan-pelbagai-guna.html/
By Lan Careno